There was an error in this gadget

Thursday, May 26, 2011

Asal Usul Nama Johor

Pelan Johor
Johor merupakan salah sebuah negeri yg tertua pernah menerima pengaruh Kerajaan Seriwijaya dan mempunyai sejarahnya yg tersendiri. Johor telah pun disebut-sebut sejak sebelum Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka lagi. Menurut catatan dalam prasasti bertarikh 1006 Masihi dan buku Undang-undang Siam pada tahun 1438, Johor telah disebut sebagai Wurawari atau Warawari atau Wawari yg bermaksud air yg jernih. Mengikut catatan seorang pengarang Portugis bernama Godinho d'Eridia, Marco polo telah membuat pelayaran pada tahun 1292 hingga ke Hujung Tanah. Nama yg sama juga disebut di dalam Hikayat Jawa 'Negara Kertagana' yg ditulis oleh Prapanca pada tahun 1365, Johor disebut sebagai Negeri Ujung Tanah atau Hujung Madini kerana Johor terletak di tanah yg paling selatan benua Asia.

Mengikut pertuturan di kalangan saudagar yg singgah di Johor, Johor disebut sebagai Jantan atau Jantana atau Santana atau Tana yg membawa maksud Ujung Tanah. Dalam buku Sejarah Melayu yg ditulis oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1612, Johor disebut dalam bahasa Jawa sebagai Ganggayu atau Gangga Ayu yg bermaksud sama seperti Warawari merupakan sebuah kerajaan besar di hulu Sungai Johor. Dalam bahasa Siam, Johor disebut sebagai Gelangkyu dan orang-orang Jawa menyebut Johor sebagai Galuh. Kedua-dua perkataan ini membawa maksud batu permata. Orang-orang Arab pula menyebut batu permata sebagai Jauhar. Daripada sebutan Jauhar inilah, nama Johor terbit dan kekal hingga sekarang.

Sumber: Suara dan Berita Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Johor. Baca Lengkap...

Saturday, May 14, 2011

Amalan yang berkekalan

Gambar Hiasan

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu :
1. Sedekah jariah
2. Ilmu yang memberi faedah kepada orang lain
3. Anak-anak soleh yang berdoa untuknya
."
Baca Lengkap...

Friday, May 6, 2011

Nota Sejarah semua bab T1 berserta tips menjawab soalan yang betul

  • Nota yang berguna untuk mengulang kaji pelajaran sebelum menghadapi peperiksaan penggal atau PMR
  • Pelawat boleh memuat turun nota tersebut dengan menekan di SINI
  • Nota  tersebut berformat PDF, anda perlu ada perisian seperti Adobe Reader atau Foxit Reader untuk membaca kandungan file tersebut..;)
Baca Lengkap...

Thursday, May 5, 2011

Sejarah SMK ACS

Pelajar ACS khususnya tingkatan dua yang perlu menyiapkan tugasan folio tentang sejarah sekolah, di sini saya selitkan nota penuh mengenai sejarah sekolah..Harap anda dapat menghantar tugasan tersebut sebelum tarikh tutup..Sila tekan di SINI untuk muat turun



Baca Lengkap...

Logo SMK ACS yang baru...

Pelajar ACS boleh mendapatkan logo baru sekolah dengan menekan di SINI Baca Lengkap...

Wednesday, May 4, 2011

MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Gambar Hiasan

Peperiksaan tidak perlu ditakuti. Jika segala pesediaan untuk peperiksaan
telah dibuat. Tiada apa yang perlu dikhuatirkan.
Berserah kepada Allah, Yakin dan bertawakkal.
Usaha hak kita, tetapi kejayaan Allah yang kurniakan
Mulakan setiap usaha dengan Basmallah
بسم الله الر حمن الر حيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Doa penerang hati
أَللهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَانْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ
رَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Ya Allah bukakanlah hikmahMu, dan turunkanlah rahmat dari khazanahMu
kepada kami, Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
- Amalkan setiap kali belajar dan baca ketika berada di bilik peperiksaan. -

Doa apabila terlupa
سُبْحَانَ مَنْ لا يَنَامُ وَلايَسْهُو آللهُمَّ ذِكِّرْنِى مَانَسِيْتُ
Maha Suci Tuhan yang tidak pernah Tidur dan tidak lupa,
Ya Allah peringatkanlah aku apa yang aku lupa.
- Salawat ke atas Nabi s.a.w. dan baca doa ini ketika terlupa -

Doa minta tambah ilmu
آللهُمَّ انْفَعْنِى بِمَا عَلَّمْتَنِى , وَعَلِّمْنِى مَايَنْفَعُنِى
وَارْزُقْنِى عِلْمًا يَنْفَعُنِى وَزِدْنِى عِلْمًا
Ya Allah , jadikan daku berguna untuk masyarakat dengan ilmu
yang engkau kurniakan kepadaku,
Dan kurniakanlah daku pengetahuan yang berguna untuk diriku
serta tambahilah daku ilmu pengetahuan
- Elok dibaca untuk mendapat ilham bagi menjawab soalan -

Doa mendapat petunjuk
رَبَّنَا لا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا
مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
Wahai Tuhan kami , janganlah Engkau sesatkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk
dan berikanlah rahmatMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi
-Selalulah memohon kepada Allah agar sentiasa mendapat petunjuk. -

Doa mudahkan hafalan
 آللهُمَّ ارْزُقْنَا يَا رَبِّ فَهْمَ النَّبِيْيِنَ وَحِفْظَ آلْمُرْسَلِيْنَ
وَإِلْهَامَ آلْمَلائِكَةَ آلْمُقًرَّبِيْنَ فِى عَافِيَةِ يَااَرْحَنَ آلرٌّاحِمِينِ
Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul
dan ilham dari para Malaikat yang menghampiri denganMu
kurniakanlah kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
- Amalkan doa ini. Mudah-mudahan Allah memudahkan hafalan. -

Sumber : http://www.freewebs.com/alaurad/peperiksaan.htm  Baca Lengkap...

Nota & Latih tubi Kemahiran Hidup T2

Pelajar & pelawat boleh mengambil maklumat tersebut dengan memilih tajuk yang dikehendaki seperti berikut:

Nota-Nota
 REKA BENTUK DAN PENGHASILAN PROJEK
TANAMAN HIASAN
 MASAKAN
 LUKISAN TEKNIK
 ELEKTRONIK
 ELEKTRONIK - Pilihan KT
 USAHAWAN DAN KEUSAHAWANAN
 PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN
 PENUBUHAN DAN PENGEDALIAN PERNIAGAAN
 SIMPAN KIRA


                                       


Latihan Online
Latih Tubi Online 1 Latih Tubi Online 2 Latih Tubi Online 3
Latih Tubi Online 4   Latih Tubi Online 5   
Lembaran Kerja
Lembaran Kerja 1 Lembaran Kerja 2 Lembaran Kerja 3
Lembaran Kerja 4 Lembaran Kerja 5 Lembaran Kerja 6
Lembaran Kerja 7 Lembaran Kerja 8
Peperiksaan Online
 Ujian Akhir Tahun Bhg 1/3 Model 1 Ujian Akhir Tahun Bhg 1/3 Model 2

Sumber : http://www.freewebs.com/khbdua/

Baca Lengkap...

Panduan membuat Blog di Blogspot

Selamat bertemu lagi..Hari ini saya berkongsi
dengan pelawat mengenai panduan membuat Blog di Blogspot...

Walaupun topik yang saya bincangkan ini tiada kena mengena dengan matlamat blog ini, Namun harapan saya semoga kita dapat mengetahui dan mempelajari cara-cara membuat blog.




Disini saya sertakan laman yang memberi panduan tersebut. Anda hanya tekan SINI untuk pergi terus ke laman tersbut.. Selamat mencuba..:)

Baca Lengkap...

Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim

Sultan Abu Bakar ibni Ibrahim
Sultan Abu Bakar ibni Ibrahim (Tulisan Jawi: المرحوم سلطان سير ابو بكر ابن المرحوم تماڠڬوڠ دايڠ إبراهيم سري مهاراج جوهر ) (lahir 3 Februari 1833 - mangkat 10 Mei 1895) telah menggantikan bapanya Temenggong Daeng Ibrahim bagi mentadbir Johor dari 1862-1895. Beliau berumur lebih kurang 28 tahun semasa bapanya meninggal dunia. Beliau memakai gelaran Maharaja Johor pada 1868. Beliau ialah sultan pertama Johor moden.

Temenggung Abu Bakar adalah seorang tokoh dan pemerintah Johor yang amat bijaksana. Beliau telah memajukan dan mengukuhkan kerajaan Johor di bawah Dinasti Temenggung dan membuat hubungan diplomasi dengan kerajaan Riau-Lingga. Pada 1 Januari 1866, beliau telah menukarkan nama Tanjung Puteri atau Iskandar Puteri kepada Johor Bahru dan menjadikannya pusat pentadbiran kerajaan Johor. Temenggung Abu Bakar memberi galakan kepada orang Cina membuka ladang lada hitam dan gambir dipanggil "Sistem Kangcu".

Temenggung Abu Bakar telah memajukan Johor dengan menggabungkan tradisi Melayu dengan kosmopolitan Barat dan digelar Bapa Johor Moden. Pentadbirannya yang cekap dan tersusun diakui sendiri British, lantas baginda tidak akan melantik pegawai British sebagai penasihat.

Beliau telah mendapat pendidikan Barat sejak kecil lagi. Oleh itu, beliau sangat terpengaruh dengan cara pemerintahan dan pentadbiran Barat. Baginda juga telah membuat banyak lawatan ke negara-negara Eropah terutamanya ke England, untuk mencari pengalaman dan mempelajari cara orang Barat memerintah dan mentadbirkan negara. Kebijaksanaannya menyebabkan baginda dihormati oleh pedagang dan pemerintah British. Baginda juga bersahabat baik dengan Ratu Victoria, ratu Great Britain pada masa itu. Ratu Victoria telah mengurniakan gelaran Maharaja Johor kepada Temenggung Abu Bakar pada tahun 1868 dan seterusnya beliau memakai gelaran Maharaja Johor.

Kemudiannya, baginda telah menguasai seluruh wilayah Johor, iaitu setelah Sultan Ali mangkat pada tahun 1877. Selepas Sultan Ali mangkat, Tengku Alam (anak Sultan Ali) membantah pemerintahan Muar/Kesang diserah sementara kepada Maharaja Abu Bakar dan melancarkan "Perang Jementah" pada 1879 tetapi gagal.

Baginda juga pernah merasmikan Penjara Johor Bahru pada tahun 1883.
Pada 1885, Johor telah menandatangani perjanjian persahabatan dengan kerajaan British. Melalui perjanjian ini, kerajaan British mengiktiraf Johor sebagai sebagai sebuah negeri yang bebas dan berdaulat. Maharaja Abu Bakar juga diiktiraf sebagai Sultan Johor. Baginda bersetuju menerima seorang pegawai British yang bertugas sebagai Konsul British di Johor dan bukan sebagai penasihat. British juga bersetuju melindungi Johor jika berlaku sebarang ancaman dari luar.

Maka mulai 1 Julai 1886, baginda memakai gelaran sultan dengan gelaran Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah. Pada 14 April 1895, Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah menubuhkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor.

Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah mangkat di Eropah pada 10 Mei 1895 dan disemayamkan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru.

Baca Lengkap...

Tuesday, May 3, 2011

Rentap Pahlawan Sarawak


Rentap merupakan seorang pahlawan Dayak (Iban) terkenal dalam sejarah Sarawak. Dia merupakan salah seorang pemimpin penentang kepada pemerintahan Raja Putih Brooke.

Penentangan Rentap == Pada tahun 1853 Rentap telah mengetuai pasukan orang Iban yang menyerang pasukan British di Skrang yang diketuai oleh William Brereton. Rentap adalah seorang panglima perang orang Iban yang tinggal di ulu Sungai Sekrang. Rentap yang menjadi ketua orang Iban telah menentang pemerintahan Brooke kerana Brooke merancang membanteras amalan kutipan cukai oleh ketua-ketua tempatan yang dianggap lanun olehnya, sedangkan ia merupakan sumber pendapatan tradisi ketua-ketua tempatan.

Brooke turut juga mengganggu cara hidup tradisional orang Iban yang mengamalkan kegiatan memotong kepala dengan beberapa pembaharuan. Justeru itu pada tahun 1853, Rentap bersama pasukannya menyerang kubu-kubu di Sungai Skrang. Pihak British telah diserang hendap oleh orang-orang Rentap. Berlakulah pertempuran yang sengit di antara kedua-dua pihak. akibat pertempuran itu seorang menantu Rentap bernama Layang telah membunuh Alan Lee dengan lembingnya. Rentap dengan segera membawa pasukannya pulang ke ulu Sungai Sekrang.

Dalam pertempuran itu pihak British berundur ke pangkalan Merak dan ini menyebabkan Rentap semakin dihormati oleh pengikutnya. Walau bagaimanapun pengikut Brooke telah membinasa dan membakar 20 buah rumah panjang tempat kediaman Rentap. Dengan itu Rentap terpaksa berundur dan membina tempat kediaman di sungai Lang iaitu di ulu Sungai Skrang. Namun angkatan Brooke berjaya menyerang rumah panjang Rentap dan ia dengan sebilangan pengikut berundur dan membina kubu di sebuah bukit bernama Bukit Sadok. Kubu Bukit Sadok ini sukar untuk ditakluki kerana diperkuatkan oleh sebatang merian yang dikenali sebagai "Bujang Timpang Berang". Mulai dari tahun 1875, kerajaan Brooke telah membuat tiga percubaan untuk menangkap Rentap. Namun pada tahun 1861 barulah mereka berjaya menguasai Bukit Sadok setelah membawa beberapa buah meriam yang dikenali sebagai "Bujang Sadok".

Kubu-kubu dan rumah-rumah tempat kediaman Rentap dan orang-orangnya habis dibakar oleh kerajaan Brooke pada 20 oktober 1861. Rentap kemudian berundur ke Ulu Entabai. Kemudian Rentap dan pengikutnya berpindah ke Bukit Sibau iaitu kawasan yang terletak di Ulu Wak, Pakan. Beberapa tahun kemudian, Rentap meninggal dunia di situ pada usia lebih kurang 70 tahun. Rentap merupakan pejuang sejati kerana beliau tidak pernah untuk tunduk kepada pemerintahan Brooke sehingga ke akhir hayatnya. Sehingga ke hari ini makam pahlawan Rentap telah di baik pulih oleh kerajaan negeri Sarawak bagi mengenang jasanya.


Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Rentap Baca Lengkap...

Nota Sejarah semua bab T1 PDF

Pelawat boleh memuat turun nota tersebut di bawah ini:
Nota sejarah
Baca Lengkap...

BAB 4 : KEKAYAAN EKONOMI SARAWAKMENDORONG PENJAJAHANKELUARGA BROOKE

Pelawat semua boleh memuat turun nota ringkas tersebut dengan menekan di SINI

Rumah James Brooke di Kuching

Matawang keluarga James Brooke yang digunakan di Sarawak 1863
Baca Lengkap...

Nota Kemahiran Hidup T1 (BAB Jahitan)

Disini saya menyediakan nota ringkas mengenai tajuk jahitan. Pelawat boleh memuat turun dengan menekan di SINI

Baca Lengkap...

James Brooke - Raja Putih Sarawak

James Brooke adalah merupakan seorang bekas tentera yang pernah berkhidmat dengan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI).

Selepas bersara daripada SHTI, beliau bergiat aktif dalam aktiviti perdagangan di Singapura.

Beliau telah diarahkan oleh Gabenor Singapura untuk menghantar sepucuk surat kepada Pengeran Muda Hashim di Kuching pada 1840.

Namun, keadaan di Kuching agak gawat pada ketika itu dengan pemberontakan oleh pembesar dan penduduk tempatan yang diketuai oleh Datu Patinggi Ali terhadap ketidakpuasan hati kekuasaan Kesultanan Brunei ke atas wilayah Sarawak ketika itu.

Pangeran Muda Hashim telah meminta bantuan James Brooke untuk mengekang pemberontakan tersebut dengan janji bahawa beliau akan ditawarkan jawatan gabenor jika berjaya.

James Brooke akhirnya berjaya menghapuskan pemberontakan dan dilantik sebagai Gabenor Sarawak pada tahun 1841. Beliau kemudiannya menjadi Raja Putih Sarawak sehingga 1868 yang kemudiannya digantikan oleh waris keluarganya iaitu Charles Brooke dan Charles Vyner Brooke.

Dinasti pemerintahan keluarga Brooke berakhir sebaik Sarawak diserahkan kepada British sebagai sebuah tanah jajahan sebaik tamat Perang Dunia Kedua pada tahun 1946.

Sumber: http://sejarah2u.blogspot.com/2009_04_01_archive.html

Baca Lengkap...

MOTIVASI PELAJAR CEMERLANG

INGAT, HAFAZ DAN PRAKTIKKAN
1. Kejayaan saya di masa depan, ditentukan oleh tindakan saya sekarang , bukan prestasi saya masa lalu.
2. Kecemerlangan dan kesederhanaan atau kegagalan adalah pilihan saya. Ya, saya sendiri bukannya orang lain.
3. Saya boleh pilih untuk memalaskan diri atau merajinkan diri. Semuanya terletak ke atas saya.
4. Ibu bapa, guru dan kawan-kawan hanya boleh membantu, tetapi saya yang kena berusaha bersungguh-sungguh.
5. Sama ada saya mahu membuka pintu kecemerlangan seluas-luasnya atau tidak, terletak ke atas diri saya sendiri.
6. Ramai pelajar gagal bukan sebab bodoh tapi sebab melakukan kerja bodoh.
7. Pilih kawan yang membantu bukan yang membantutkan anda.
8. Pelajar cemerlang mencari jalan, pelajar gagal mencari alasan.
9. Selagi aku berusaha, selagi itulah aku berpeluang untuk berjaya.
10. Tiada kejayaan tanpa pengorbanan. Lagi banyak saya berkorban, maka lagi baiklah peluang saya untuk berjaya.
11. Biarlah sakit untuk mendisiplinkan diri daripada sakit menyesal.
12. Pelajar cemerlang – Faham sepenuhnya
Pelajar sederhana – Faham sebahagian sahaja
Pelajar lemah – Banyak yang tak difahami
13. Perbezaan utama di antara pelajar cemerlang, sederhana dan lemah ialah DARJAH KEFAHAMAN sesuatu tajuk atau subjek yang dipelajari.
14. Rahsia kejayaan pelajar di sekolah: FAHAM APA YANG DIAJAR DI KELAS DAN APA YANG DIPELAJARI DI RUMAH.
15. Tidak ada pelajar BODOH, yang ada hanyalah pelajar yang FAHAM atau TAK FAHAM. Yang FAHAM pula, ada yang CEPAT FAHAM, ada yang LAMBAT FAHAM.
16. Lebih baik tidur awal dan lebih baik tidur di rumah, daripada tidur dalam kelas.
17. Berikan tumpuan dan konsentrasi- JANGAN TIDUR DI DALAM KELAS.
18. Tukarkan IMPOSSIBLE atau I’M POSSIBLE.
19. Salah satu sebab pelajar gagal – MEREKA SENDIRI TAK BERI PELUANG KEPADA DIRI MEREKA UNTUK BERJAYA. Kenapa – MEREKA TIDAK PERCAYA, TIDAK YAKIN AKAN KEBOLEHAN YANG ADA PADA DIRI SENDIRI.
20. KEPERCAYAAN – Sesuatu perkara yang diterima sebagai benar. Ia mungkin benar, ia mungkin karut ! Ia menjadi benar jika kita mempercayainya,WALAUPUN SEBENARNYA IA PERKARA KARUT.
21. Pelajar yang malas belajar bukan jadi malas sebab mereka sememangnya suka jadi malas. Salah satu punca ialah MEREKA TIDAK MEMPERCAYAI KEBOLEHAN ATAU KEMAMPUAN DIRI SENDIRI.
22. SIKAP POSITIF (YES, I CAN DO IT) – Meyakini bahawa tindakan yang akan diambil berupaya membuahkan hasil seperti yang diingini.
23. SIKAP NEGATIF ( NO, I CAN’T DO IT) – Meyakini bahawa tindakan yang diambil berkemungkinan tidak akan membuahkan hasil seperti yang diingini.
24. Saya mesti percaya bahawa saya akan berjaya jika saya mahu berjaya.
25. Minda adalah batasannya. Selagi kita dapat membayangkan bahawa kita boleh melakukan sesuatu, kita mampu melakukannya selagi kita mempercayainya 100%.
26. Maksud Hadith “ Empat perkara yang aku takut berlaku ke atas ummatku”.
Pertama – kuat makan
Kedua – Banyak tidur
Ketiga – Malas
Keempat – Lemah Keyakinan
27. Don’t just talk, DO IT.(Usah bercakap banyak, bertindak sekarang)
Sumber Rujukan:http://disertasi.blogspot.com/2007/07/siri-motivasi-3-motivasi-pelajar.html
Baca Lengkap...

Monday, May 2, 2011

Sejarah Tingkatan 2: Latihan Topikal

Pelajar & Pelawat boleh memuat turun di bawah ini:

Bab1
Bab2
Bab3
Bab4
Bab5
Bab 6
Bab 7
Bab 8

sumber : http://sahrulami.wordpress.com












Baca Lengkap...

KAEDAH PEMBELAJARAN YANG LEBIH BERKESAN


Teknik-teknik pembelajaran yang baik merupakan satu kaedah dalam usaha kita menghadapi pelajaran yang terbaik sebagai langkah untuk memperolehi kejayaan yang cemerlang di dalam bidang pembelajaran.
Pelajar perlu memahami bahawa tidak ada satu ‘formula’ yang mesti dan tepat bagi merumuskan satu kaedah yang paling baik untuk menghadapi pelajaran melainkan ia banyak bergantung kepada diri pelajar itu sendiri. Apa yang penting untuk dijelaskan ialah beberapa garis panduan yang besar sahaja dikenalpasti untuk dijadikan landasan bagi seseorang pelajar bergerak menghadapi peperiksaan.
FAKTOR-FAKTOR DORONGAN DALAM PEMBELAJARAN
  • Mengenal pasti wujudnya ‘motivasi dalaman’ atau faktor-faktor pendorong di dalam diri maing-masing, misalnya kemiskinan.
  • Menginsafi akan kepentingan ilmu, tujuan ilmu dipelajari, untuk apa dan hendak ke mana ilmu yang dikumpulkan itu.
  • Dorongan dari rasa tanggungjawab sebagai seorang pelajar.
  • Menginsafi peranannya terhadap masyarakat pada masa hadapan.
LANGKAH-LANGKAH PERSEDIAAN
  • Kesempurnaan kesediaan seseorang dari segi mental, fizikal dan rohani yang mampu mengahadapi peringkat pembelajaran yang baik.
  • Persediaan mental yang baik ialah persediaan tumpuan fikiran yang sepenuhnya terhadap pelajaran. Pemikiran yang masih bercampur-aduk dengan perkara-perkara lain akan mengakibatkan kebuntuan untuk memberi perhatian yang serius kepada pelajaran. Seseorang pelajar hendaklah menghilangkan ingatannya kepada perkara yang lain, sebaliknya ingatan hendaklah ditumpukan kepada pelajaran sahaja.
  • Berkhayal kepada perkara lain ialah penyakit yang paling besar bagi seseorang pelajar yang sedang menghadapi pelajarannya. Oleh itu, pelajar hendaklah mengelakkan diri daripada berkhayal semasa belajar.
TEKNIK-TEKNIK PEMBELAJARAN
  1. Suasana / Tempat Belajar – Elakkan suasana yang bising, banyak gangguan, tidak selesa dan sebagainya
  2. Memilih Masa Yang Sesuai – Tidak semua waktu di dalam sehari boleh digunakan untuk menumpukan fikiran pada pelajaran.
  3. Setiap hari persekolahan, peruntukan sekurang-kurangnya 2 jam untuk menelaah/mengulangkaji pelajaran di samping menyelesaikan kerja-kerja yang diberikan oleh guru. Pada waktu cuti, 4 hingga 5 jam adalah memadai untuk menelaah pada waktu yang sesuai, iaitu pada waktu pagi dan malam.(ingat ! waktu belajar yang sesuai tidak sama antara semua individu)
  4. Menyediakan satu jadual kerja harian walaupun begitu, mungkin jadual tersebut tidak mampu diikuti sepenuhnya oleh pelajar.
  5. Pembaziran masa dengan perkara-perkara yang tidak ada hubungan dengan memperkukuhkan mutu pembelajaran baik secara formal atau informal haruslah dielakkan.
  6. Pembelajaran Di Sekolah – Pembelajaran di sekolah merupakan sumber yang penting serta yang paling baik untuk seseorang pelajar menghadapi pelajarannya, dan segala penumpuan yang maksimun haruslah diberikan serta tidak patut berlaku kecuaian, leka, nakal ketika berada di sekolah.
  7. Membaca, Memahami dan Menghafal – Teknik pembacaan yang baik ialah pembacaan yang menyeluruh bagi pusingan yang pertama. Isi dan istilah-istilah yang penting digariskan. Kalau perlu isi yang digariskan itu dicatat sebagai nota pendek atau ringkas.
  8. Ambil perhatian kepada isi-isi yang penting dan hendaklah dibaca selalu. Kalau perlu setiap isi-isi itu hendaklah dihafal sedaya mungkin terutama apabila hampirnya waktu peperiksaan. (ingat ! hafalan tanpa pemahaman yang kukuh adalah sia-sia).
  9. Menyusun nota dengan teratur dan berkesan dan mempunyai ciri-ciri seperti :-
    • Mengandungi semua maklumat penting
    • Bersih dan mudah dibaca
    • Terkumpul & Tersusun (di dalam fail/Buku Khas)
    • Ringkas dan padat
Kesungguhan Belajar
  1. Elakkan diri dari faktor-faktor yang boleh membosankan ketika membaca. Jangan sesekali membebankan diri dengan kerja-kerja sekolah yang terlampau banyak pada masa tertentu dan berehat panjang selepasnya.
  2. Kesungguhan belajar mestilah berterusan dari segi semangat belajar dan usaha dari awal hinggalah ke masa peperiksaan.
  3. Sentiasa meningkatkan semangat belajar dari masa ke semasa. Semakin hampir dengan tarikh peperiksaan semakin bersungguh-sungguh untuk belajar dan semakin berkeyakinan dalam menghadapi peperiksaan.
  4. Kesungguhan belajar mungkin boleh dibina melalui kerja-kerja secara berkumpulan. Yang pentingnya carilah teman/rakan belajar yang boleh anda manfaatkan pengetahuan dan kefahaman anda kepadanya dan sebaliknya.
  5. Yakinlah dengan kebolehan yang ada pada diri anda dan kesungguhan anda untuk belajar dan yakinlah dengan pertolongan Allah S.W.T.
LUPAAN DAN INGATAN
Apakah sebabnya kita sering lupa ?
  • Kerana Gangguan – Membaca perkara-perkara lain selepas buku pelajaran menyebabkan soal peperiksaan luput dari ingatan.
  • Tumpuan Perhatian – Tanpa perhatain yang sepenuhnya ketika membaca menyebabkan perkara tersebut tidak dapat kekal lama.
  • Faktor Masa – Masa yang terlalu lama mungkin menyebabkan anda lupa akan apa yang telah dipelajari.
INGATAN
Manusia lebih senang mengingati sesuatu jika :-
  • Minat – Tinggikan minat terhadap perkara yang dipelajari.
  • Pilihan – Memilih isi-isi penting untuk diingati bagi peperiksaan.
  • Ulangan – Sentiasa mengulangkaji, boleh dibuat melalui perbincangan secara berkumpulan, penulisan semula atau pembacaan yang kerap.
  • Assasiasi – Membuat perkaitan dengan sesuatu perkara lain untuk ingatan.
  • Tubi Belajar
Di dalam proses pembelajaran terdapat peringkat seperti :-
1. Mendengar untuk pertama kali
2. Memahami
3. Menggunakannya
4. Mencipta yang baru
Jika anda membaca berulang kali, tentunya perkara tersebut akan dapat diingati di dalam satu jangkamasa yang lama.

sumber: http://tipsbelajar.wordpress.com
Baca Lengkap...

Jalan Menuju Kejayaan

Apa yang anda fikirkan ketika anda mendengarkan perkataan ORANG BERJAYA (Sukses)????
Apakah harta yang berlimpah ruah tujuh keturunan makan tak habis???
Apakah dengan memiliki banglo semi-D ???
Apakah dengan memandu kereta mewah ???
Apakah memiliki kapal peribadi ???
Apakah dengan mempunyai jawatan yang tinggi dan memiliki kuasa?
atau memiliki banyak perniagaan ???
Hmmmmmm apakah itu berjaya yang ada dalam fikiran anda ?

Seorang tua di kampung yang selalu berjemaah di surau dengan menaiki basikal tua, kita nampak beliau seperti miskin, naif dan tidak berjaya tetapi mungkin dia telah mencapai kejayaan yang dia impikan.
Berjaya itu TIDAK dinilai dari APA YANG KITA DAPATKAN,orang yang memiliki segalanya BELUM TENTU memiliki KEBAHAGIAAN sebenar!
Apa anda tahu perniagaan-perniagaan besar di Malaysia itu mempunyai hutang yang banyak?
Boleh dikatakan SEMAKIN PERNIAGAAN ITU BESAR,MAKA SEMAKIN BESAR PULA HUTANGNYA !
Hmmmmm bukankah orang yang MEMILIKI hutang adalah ORANG YANG SENGSARA ?
Apakah orang yang memiliki JAWATAN tinggi dia bahagia ?
Bukankah kadang-kadang Boss-boss selalu MARAH-MARAH kerana dia STRESS memikirkan PEKERJAANNYA ?
Apakah dia BAHAGIA dengan kejayaanNYA ?
Apakah dia puas akan apa yang telah di capainya ?
Hmmmmmm menarik bukan ??
“Berjaya adalah situasi dimana anda telah sampai pada TUJUAN anda dan TUJUAN anda bukanlah sebuah kejayaan melainkan HASIL dari PERJALANAN anda menuju KEJAYAAN”
banyak cara kita untuk meraih kejayaan kerana kita sebagai manusia di tuntut untuk selalu BERUSAHA agar mendapatkan sesuatu !
tapi BERUSAHA saja tidak CUKUP kerana selain BERUSAHA kita juga HARUS BERDOA.
Di dalam agama kita menuntut untuk boleh menjadi MANUSIA yang KREATIF,INOFATIV,dan AGRESIF [dalam hal yang positif tentunya] agar kita boleh menjadi manusia yang memiliki banyak IDEA cemerlang MERAIH kejayaan itu !
Namun ramai yang KURANG SABAR dalam MENJALANI apa yang dia lakukan,disitulah kesalahan kita dalam meraih kejayaan !
Cuba kita ibaratkan kejayaan adalah tujuan kita dan kenderaan kita adalah usaha kita !
Bukankah sebelum mencapai tujuan kita harus memanaskan kenderaan kita terlebih dahulu ?
Kemudian bagaimana dengan on the way there ???
Kita sedari bukankah TIDAK ADA JALAN LURUS MENUJU DESTINASI ? Kita menempuh jalan yang berlubang, menghadapi kesesakan jalan raya dan perlu berhenti di traffic light dan belok kiri belok ke kanan.
Ya begitulah sebuah kejayaan,tidak ada JALAN LURUS menuju kejayaan terkadang kita perlu merempuh fasa dimana kita di uji dari bawah !
Namun dari situ TUHAN menguji kita,berapa kuat kita dan berapa sabar kita menghadapi dan melewati jalan yang rosak [kesulitan] !
Lalu bagaimana menghadapinya ?
Bukankah semasa kita memandu cara terbaik melalui jalan rosak tersebut adalah dengan cara, perlahankan kenderaan kemudian LANGGAR saja DAN NIKMATI PERJALANANmu ???
Ya NIKMATI itu,pahit manis kehidupan adalah sebuah PERJALANAN kita dalam MERAIH apa yang KITA INGINKAN !
tapi HALANGAN terbesar dalam meraih kejayaan ada PADA DIRI KITA sendiri !!!!
Mengapa ???
Kerana kadang-kadang kita malas UNTUK BERCITA-CITA !!!!
Bukankah ramai orang berjaya di dunia ini berhasil kerana BERANGAN ?????
Ya BERANGAN itu adalah rahsia berjaya para jutawan di dunia ini !
Namun bukan itu saja,halangan lain adalah perasaan MALAS dalam diri kita !!!!
Ini yang harus di hadapi dan dilawan,perasaan yang ada dalam diri setiap MANUSIA,mengapa ????
kerana MALAS itu adalah MEREHATkan !!!!
Kita sudah terbiasa MALAS dan MALAS itu SERONOK !!!!
Duduk dan jadi orang dungu saja bila anda MALAS ,bahkan MALAS untuk BERCITA-CITA atau MALAS untuk BERDOA kepada TUHAN !!!!
Kita menyedari bahawa MALAS adalah perbuatan yang SIA – SIA,bukankah perbuatan SIA – SIA adalah perbuatan SYAITAN ????
Kesimpulannya adalah MALAS itu sifat SYAITAN bukan SIFAT MANUSIA.
Setelah kita siap untuk melangkah,lakukanlah LANGKAH PERTAMA !!!
Ramai orang GAGAL di langkah ini,bukankah lebih SUKAR MEMULAKAN dari pada MENJALANKAN ?
“MUSTAHIL KITA BERJALAN BERIBU-RIBU KM TANPA LANGKAH PERTAMA,DAN PERJALANAN BERIBU-RIBU KM DI MULAKAN DARI LANGKAH PERTAMA,KEDUA,KETIGA DAN SETERUSNYA”
Setelah kita berani melangkah kita harus mempersiapkan MENTAL untuk MENGHADAPI apapun dan jangan pernah RAGU ataupun TAKUT !!!!
Kerana KETAKUTAN SESUNGGUHNYA ada pada DIRI SENDIRI bukan yang di luar sana !
“No matter whats going to happen JUST DO IT”
selalu bertekad dan menghadapi setiap apapun yang di hadapi adalah UJIAN dan CUBAAN dalam MERAIH HASIL yang MAKSIMA !
Bukankah sewaktu kita SEKOLAH dulu selalu ada UJIAN di setiap SEMESTER supaya kita boleh naik kelas dan lulus ????
Ya seperti itulah kehidupan !
Setelah kita melewati itu semua,NIKMATI HASILNYA dan TETAP BERUSAHA !
LAKUKAN ITU SEMUA DENGAN IKHLAS dan TABAH !
LAKUKAN DENGAN SEPENUH CINTA TANPA PAKSAAN UNTUK KEJAYAAN YANG ANDA IMPIKAN.

Sumber : www.isuhangat.net Baca Lengkap...

Letak beban anda sekejap

Seorang pensyarah mengangkat segelas air dan bertanya kepada pelajarnya
“Anda semua teka berapa berat segelas air ini?”
Mahasiswa menjawab, mereka meneka dari 5 liter sampai 200 liter.

” Sebenarnya, jawapan anda ada yang betul tapi apa yang hendak saya sampaikan hari ni ialah bukan masalah berat kandungannya, tapi bergantung berapa lama anda memegangnya.
Jika saya memegangnya selama 1 minit, tidak ada masalah. Jika saya memegangnya selama 1 jam, lengan kanan saya akan sakit. Dan jika saya memegangnya selama 1 hari penuh, mungkin anda harus memanggilkan ambulans untuk saya. Beratnya sebenarnya sama, tapi semakin lama saya memegangnya, maka bebannya akan semakin berat”.
“Jika kita membawa beban kita secara berterusan, lambat laun kita tidak akan mampu membawanya lagi. Beban itu akan meningkat beratnya”.
“Apa yang harus kita lakukan adalah meletakkan gelas tersebut, rehat sekejap sebelum mengangkatnya lagi”.
Kita harus meninggalkan beban kita secara berkala, agar kita dapat lebih segar dan mampu membawanya lagi. Jadi sebelum pulang ke rumah dari pekerjaan petang ini, tinggalkan beban pekerjaan. Jangan bawa pulang. Beban itu dapat diambil lagi besok.
Apapun beban yang ada di bahu anda hari ini, cuba tinggalkannya sekejap jika boleh. Setelah berehat nanti boleh diambil lagi……
Hidup ini singkat, jadi cubalah menikmatinya!!
Perkara terindah dan terbaik di dunia ini tidak dapat dilihat, atau disentuh, tapi hanya dapat dirasakan jauh di dalam hati anda.

Sumber : www.isuhangat.net Baca Lengkap...

Tip Belajar Efiktif

Ujian Semester semakin dekat. Waktu yang tinggal juga tidak begitu banyak. Apalagi ditambah kesibukan yang semakin hari semakin banyak. Kali ini AA akan membahas tips cara belajar yang efektif. Apa itu belajar efektif? Belajar Efektif adalah cara belajar yang dapat meraih tujuan yang ingin dicapai semasa proses belajar itu sendiri. Agar belajar itu menjadi efektif, ada beberapa hal yang harus anda laksanakan, iaitu:
1. Rancang motivasi untuk belajar
2. Buatlah jadual belajar rutin dan teratur mengikut masa.
3. Sediakan semua peralatan untuk belajar, seperti tempat belajar, alat tulis, buku catatan, dan alat bantu belajar.
4. Jaga stamina baik fizik mahupun psikologi. Makan teratur, istirahat, dan jangan lupa berdoa.

 Belajar yang efektif.
Kaedah SMART
Siapkan pelajaran dengan baik
Menyemak penjelasan yang disampaikan guru dengan baik
Aktif bertanya jika ada sesuatu yang kurang jelas
Rajin mengerjakan tugas yang diberikan
Tuliskan kembali yang telah dijelaskan oleh guru dengan cara dirangkum atau rumus

Mengembangkan sikap positif semasa menuntut ilmu:
1. Yakin dapat berhasil dalam semua usaha yang dilaksanakan semasa menuntut ilmu
2. Belajar mencari jawapan setiap sesuatu yang ditugaskan
3. Bersedia menanggung risiko bila cara belajar anda tidak berhasil
4. Walau tidak berhasil tetaplah tekun dalam belajar dan pelbagaikan konsep pembelajaran

Semoga ilmu di atas dapat membantu anda semua!
Sekian Terima Kasih
Baca Lengkap...

Sunday, May 1, 2011

Nota Kemahiran Hidup T1

Pelajar & pelawat boleh merujuk laman web http://www.freewebs.com/khbsatu/webstart.htm
Disini saya sertakan tajuk-tajuk yang terdapat di laman web tersebut iaitu:

Latihan-latihan
Bahan Bantu Pengajaran
Panduan Kerja Kursus Perdagangan dan Keusahawanan
Baca Lengkap...

Nota Sejarah semua bab T1

Pelajar atau pelawat boleh mendapatkan maklumat tersebut dengan memuat turun di SINI Baca Lengkap...

Nota ringkas & Padat Sejarah T2

Pelajar atau pelawat boleh mendapatkan nota tersebut dengan memuat turun di SINI Baca Lengkap...

Maklumat untuk Folio Sejarah T1 & T2

Maklumat ini bertujuan untuk memastikan pelajar mengetahui cara-cara hendak menyiapkan folio sejarah.

Contoh Folio Pelajar


Perkara yang perlu ada dalam folio ialah:
Sila muat turun maklumat dekat
Folio Sejarah












Baca Lengkap...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...